Read Users' Comments (0)



Read Users' Comments (0)

Seulas Bicara

Blog ini dibina untuk menyempurnakan tugasan yang diberikan khas untuk kursus SKMM1043 Cerpen Melayu yang dinilai oleh pensyarah kursus ini iaitu Dr Mawar Shafei. Tugasan ini melibatkan pelajar-pelajar Tahun 1 daripada Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia bagi sesi 2009/2010. Blog ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang biografi seorang sasterawan negara iaitu Datuk A. Samad Said. Konsep latar yang digunakan pada blog ini berdasarkan cerpen beliau iaitu Panorama yang juga bersesuaian dengan sikap beliau yang suka mengembara.
Melalui blog ini, segala maklumat yang berkaitan dengan kehidupan dan pengalaman hidup serta karya-karya yang dihasilkan oleh A.Samad Said disatukan dan boleh dicapai oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk mengenalinya.
Beliau merupakan seorang Sasterawan Negara yang banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan dunia sastera negara sejak awal pembabitannya dalam penulisan sastera ini.

Read Users' Comments (0)

Latar Belakang Tokoh


Nama sebenar A. Samad Said ialah Abdul Samad Muhammad Said. Beliau dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal Melaka. A. Samad Said memperoleh pendidikan awal di Sekolah Melayu Kota Raja sehingga lulus darjah IV (1940-1946). Kemudian beliau meneruskan pengajian dalam kelas petang di sekolah Inggeris iaitu Victoria Institution di Singapura hingga memperoleh sijil Senior Cambridge pada tahun 1956.
Pengalaman kerjaya A. Samad Said bermula sebagai kerani di Hospital Umum Singapura sebelum menjadi wartawan setelah lulus Senior Cambridge pada tahun 1956. Beliau juga pernah menjadi pengarang di Utusan Melayu, Berita Harian , Kumpulan The Straits Times dan ketua pengarang akhbar Warta Tebrau. Semasa menjadi pengarang Berita Harian, beliau pernah menyertai kursus korporat di Ashridge Management College, England. Jawatan terakhir A. Samad Said ialah sebagai ketua pengembangan sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times, Kuala Lumpur. Kini, A. Samad Said menjadi penulis sepenuh masa yang aktif berkarya.
Sejak di bangku sekolah lagi, minatnya terhadap sastera mula berputik apabila beliau berjinak membaca karya sastera dalam dan luar negara seperti karya Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya, Achdiat, Hamzah dan Wijaya Mala. Beliau juga membaca karya- karya terkenal barat seperti Oliver Twist, Wuthering Height dan Almayer’s Folly. Novel-novel dari penulis tempatan juga turut mendapat perhatian beliau seperti Cinta Gadis Rimba, Balik Dari Medan Perjuangan , Dayang Fatimah, dan Rumah Itu Duniaku. Minat dan kegemaran A. Samad Said dalam pembacaan karya-karya sastera tidak pernah luntur dan berkurangan. Penglibatan A. Samad Said dalam bidang penulisan bermula dengan karya-karyanya yang dihantar ke majalah remaja. Cerpennya yang pertama “ Hari Ini Hari Gembira ” disiarkan dalam Mingguan Suasana, 8 Oktober 1954.
Bermula detik persekolahan hingga kini, A. Samad Said tidak pernah jemu menghasilkan puluhan karya dalam genre novel, puisi, drama, cerpen, dan esei untuk mewarnakan dunia sastera di persada tanah air dan antarabangsa. Antara karya besar yang dihasilkan ialah Salina ( novel ), Al-Amin ( puisi ), Hati Muda Bulan Muda ( cerpen ), Lantai T Pinkie ( drama ), Antara Bulan dan Wira ( esei ), Warkah Eropah ( warkah ). Dalam bidang penulisan, A. Samad Said juga menggunakan nama pena seperti Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra, dan Shamsir.

Read Users' Comments (0)

Karya dan Sumbangan

  Koleksi cerpen

Koleksi Novel




Koleksi Puisi




Bahasa Terindah

Yang diucap dalam bahasa terindah,
Jawapan yang bertanya didengar nabi,
Antara kagum dan khusuk setiap ayatnya,
Lereng gunung menjadi amat sunyi,
Suara sajak tegas bergema,
Disampai arah berkias maksud serentak,
Tapi jelas intinya,
Tidak sedetikpun Allah menghindar,
Atau mencemuh nabi disisi segala didoa,
Dipenuhi segala yang dipinta tulus dan,
Penuh baraqah,
Yatim ia tak berlindung,
Tidakkah tersedia juga bumbung baginya.
Awal begitu bergantung,
Kini tidakkah merdeka,
Bebas hidupnya.

Sejak di awal pembabitannya dalam bidang sastera ini, A. Samad Said telah banyak menghasilkan karya yang bermutu dan menjadi karya tersohor di seluruh negara. Pelbagai genre karya telah dihasilkan termasuklah cerpen, novel, puisi, drama, esei dan warkah.

Antara cerpen-cerpen yang dihasilkan oleh A. Samad Said ialah :
  • Hati Muda Bulan Muda                                 
  • Longkang
  • Ahmad Zago
  • Perempuan Dari kampung Kambing
  • Di Tepi Jalan
  • Liar Di Api
  • Daun-Daun Berguguran
  • Debar Pertama
  • Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja
  • Panorama
  • Bunga Gunung
  • Angin Pulau
  • Titisan Indah Di Bumi Merkah
  • Malam Merangkak Ke Hujungnya
  • Hari Ini, Hari Gembira
  • Antara Kembang dan Layu
  • Rita Hamidah
  • Serangkai Kata untuk Dinda
  • Dinda
  • Mengandung
  • Mesranya Malam Pertama
  • Pencuri yang tidak Adil Dihukum
  • Si Juita
  • Kenangan yang Jernih
  • Sayangkah Dara Padaku Seorang?
  • Sapu Tangan Tanda Kasih
  • Dahagakan Cahaya Kasih Mesra
  • Bekas-Bekas Tapak di Lumpur Kering
  • Sekolah
  • Ke Daerah yang Lebih Kerdil
  • Langit Malam Tiada Berbintang
  • Tiada Lagi Jadi Kebanggaan
  • Dari Tanah ke Tanah
  • Sebuah Bangunan Tiga Tingkat 
  • Pengalaman di Sebuah Rumah Sakit
  • Dari Tingkap Sebuah Bangunan
  • Seminggu
  • Kawan di Kelas Lima 'B'
  • Daun Jejawi
  • Kakak
  • Sentil Tembakau
  • Menanti Malam Hari Raya Kedua
  • Kerani Besar
  • Kereta Api ke Kuala Lumpur
  • Lahirnya Seorang Anak
  • Sehari
  • Pagi
  • Penyerahan
  • Ada Sayang di Malam Kelam
  • Gelap
  • Pulang Malam
  • Menanti
  • Asap Berkabung
  • Debar
  • Sebuah Bilik
  • Buruh Paksa
  • Saat Terakhir
  • M.P. Gudu-Gudu
  • Sasterawan Daiman Kereko
  • Malam Merangkak ke Hujungnya
  • Tamrin Gil
  • Di Sisi Rinda
  • Dosa Pejuang
  •  
Karya novel hasil ciptaan beliau :
  • Salina
  • Sungai Mengalir lesu
  • Di Hadapan Pulau
  • Hujan Pagi
  • Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Fikri
  • Cinta Fansuri
  • Adik Datang
  • Daerah Zeni
A. Samad Said juga seorang sasterawan yang cukup terkenal dalam menghasilkan puisi. Antara contoh-contoh puisi terkenal yang dihasilkannya ialah :
  • Al-Amin
  • Ombak
  • Peludah bahasa
  • Tetamu Senja
  • Rindu Ibu
  • Janda Setinggan
  • Hidup Bersama
  • Dalam Librari
  • Bahasa Terindah
  • Menambat Rakit
  • Nikmat





Read Users' Comments (0)

Anugerah dan Pengiktirafan




Pencapaian dan sumbangan A. Samad Said dalam memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu mendapat penghargaan kerajaan apabila beliau menerima pelbagai anugerah. Antaranya termasuklah;

  • Anugerah Pejuang Sastera pada tahun 1976
  • Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1985
  • Dalam Peringkat Antarabangsa, menerima Hadiah Penulis Asia Tenggara (S.E.A Write Award pada tahun 1979).
  • Penerima anugerah ASEAN pada tahun 1993
  • Melalui novelnya yang bertajuk Salina, A. Samad Said menerima hadiah Penghargaan Peraduan Mengarang Novel DBP 1961.
  • Memenangi Hadiah Sastera Malaysia melalui novel Daerah Zeni pada tahun 1984 dan 1985, manakala novel Hujan Pagi untuk tahun 1986 dan 1987.
Selain pengiktirafan dalam bidang sastera, A. Samad Said juga dianugerahkan darjah kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk dalam tahun 1997 oleh Yang Dipertua Negeri Melaka.


Read Users' Comments (1)comments

Bibliografi

Othman Puteh. 1993. A. Samad Said : Hati Muda Bulan Muda : Kumpulan            Cerpen 1954-1992. Kuala  Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Othman Puteh. 1998. Cerpen Melayu selepas Perang Dunia Ke-2.Kuala
       Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewan Sastera. Ogos 2003.
Dewan Sastera. Julai 1997.
    LAMAN SESAWANG

    Read Users' Comments (0)